Friday 9 October 2015

Nothing Nice To Say? Shut up




Saya bukan seorang yang garang. Seriously kalau kita rasa kita terlalu rapat dengan seseorang perlukah kita mengeluarkan kata kesat?? No need at all. Saya dah hilang respect, harap sangat tak jumpa orang bermulut lepas dan bergurau tiada batas.

what are you? bergurau sahaja? panggil orang janda? dalam group whatsapp yang public tu, why? saya tak berkahwin lagi. Kenapa perlu dikeluarkan kata yang menyakitkan hati. Nak tahu kenapa tak ada orang nak kat u? sebab you punya lidah, mulut, vocal cord semua xbersambung dengan akal dan iman!! 

Ya Allah.. sakitnya hati, kita mungkin kawan tapi nak bergurau kena ada cara. Ya Allah semoga kau kurniakan kesabaran seperti Rasulallah kepada diriku ini. 



Friday 2 October 2015

NIK EMBONG (I)



**penulisan tidak ikut tatabahasa


24 Jan 2015, Sabtu

"adik, berhenti kerja, petang sikit kita balik rumah makndak. Nek sakit teruk xnak makan," pesanan ringkas whatsapp dari ma masuk

saya kerja sementara kat klinik selama cuti musim panas, sebab saya perlu duit untuk menapung tiket kapal terbang dan sedikit duit untuk beli barang keperluan dan perbelanjaan.

"Duit kapal terbang jangan risau, makcik cakap die bayarkan," sambung pesanan whatsapp dari ma.

lepas dapat kelulusan dari doktor untuk berhenti kerja, saya balik dan kemas-kemas barang yang patut. Saya akan bantu makcik saya menjaga nenek saya dirumahnya. Bila sampai kat rumah makcik saya, saya hampir menitiskan air mata. Kesian nenek saya. Memang tak larat nak bangun. Bibir dan lidahnya pecah-pecah because she refuses to drink or eat.

Pakcik saya terus hubungi ambulans. Malam itu saya bakal tidur di hospital jika nenek perlu dimasukkan di wad. Sampai di hospital malam itu kebetulan makcik dan ma saya pergi solat maghrib, jadi semua history taking doctor ambil dari saya. Seriously, i lost my respect towards this arrogant specialist. ARROGANT GILE KOT!

"ada bed sores? kenapa bau busuk ni?!" i was like, where is your attitude and brain, wahai doktor tua?? "no bed sores," i replied. She refuses to drink or eat, mulut nenek saya kering sebab itu agak berbau. You should ask politely. Please ask behind my grandma, she is totally sane! she can understand every single words! Nurse yang tlg check pun ada bahasa dan sangat sopan.

Dalam hati kadang-kadang terdetik, eee harap esok kau kena macam ni. Sabar je la. Membuatkan saya beringat untuk jadi doktor yang lebih ada akal dan sifat belas kasihan pada pesakit.

otak saje tak ada guna


tak lama lepas tu pakcik, abang kepada ma sampai. Nenek saya gembira tengok dia. She misses him so much sebab dia anak lelaki pertama atau anak ke tiga dari enam adik beradik. Masa teman nenek saya dibilik rawatan saya menangis. Tengok kaki nenek saya.. jatuh.. sempat ke saya jumpa dia lagi. Bila kita belajar di Mesir, kita tak belajar tentang medical sahaja, tanda kematian pun kadang-kadang kita belajar.


Nenek tak jadi kena masuk wad sebab tiada pakar dalam bidang berkenaan. Dieorang cakap nenek saya perlu menjalani fisioterapi untuk belajar menelan. Kami bawa pulang dan cuba check in di hospital lain juga tak ada tempat. Ok la bawak je la balik rumah pakcik lelaki sulung tu.

Bila masuk kereta pakcik tu nenek saya terus sihat, boleh bercakap dan sebagainya. She does not need physiotheraphy, she just need TLC from her fav son :p


ok sambung lain kali

Wednesday 23 September 2015

Aidil Adha Seorang Budak Sekolah



I still remember when I was 15 years old, tahun 2005. Masa tu saya sekolah kat MRSM Pasir Salak. Junior Pioneer di MRSM tu sebab MRSM baru buka masa saya form 1.



Lagi beberapa hari nak Aidil Adha. Saya call ma. Masa tu public phone masih wujud haha

"ma, sihat ke? tahun ni raya mana?" saya dengar suara ma saya seakan sedih masa jawab soalan saya. "adik, tahun ni adik tak payah balik raya ye, adik balik rumah pakcik Fadzlin boleh?" pakcik fadzlin ni kira macam kawan rapat abah & ma. Masa saya sekolah di Perak dia banyak jaga saya.

Saya terdiam masa tu. "Ma sebenarnya tak ada duit nak bagi adik balik," tambang bas masa tu RM30++ dari Perak ke Seremban. Dari Seremban saya akan naik bas ke Bahau lebih kurang 2 jam. Dari Bahau baru la ma ambil ke rumah kami di Estet lebih kurang 45min. Nak menangis, tapi kami memang bukan dari keluarga yang senang. Bayangkan kalau tiket bas pun tak mampu kami beli. Saya setuju tanpa rela.

Bukan tak nak balik rumah Pakcik Fadzlin, tapi saya segan dengan dia dan keluarga dia. Kawan saya, Liyana nampak saya sedih, dia terus offer ikut dia balik Selangor. At least ada teman kata dia. Saya pun setuju. Saya cakap kat dia, saya memang tak ada duit langsung. Dia cakap tak apa, semua dia tanggung. Liyana memang anak orang kaya, ayah dia ada kedai emas, mak dia la yang design jalan kawasan Selangor, tapi tak ingat kawasan mana haha

korang adik-adik baru mana tau fungsi tekan dua ni lama-lama
ke korang tak tau kewujudan phone ni :p kuikuikui


Family Liyana memang baik, dia layan saya macam family sendiri. Pernah ayah dia hantar saya sampai depan rumah sebab saya salah naik public transport. Masa hari raya, dieorang balik ke Melaka. Kat highway saya nampak signboard "SEREMBAN" sedih weih! haha


Dalam hati saya menjerit, "pakcik! saya nak balik! boleh hantar saya?!"bila bertolak balik ke selangor saya sanggup tak tidur semata-mata nak tengok signboard "SEREMBAN" tu berlalu pergi. Dah la masa tu waktu senja. Memang rasa sedih sangat. Saya rindu keluarga saya.

Ini kali keberapa saya beraya jauh dari Family. Tahun ni lagi jauh, MESIR terus.

Ya ALLAH semoga ini adalah raya terakhir saya jauh dari family. Tahun ni tahun akhir saya dalam Pengajian Perubatan. Semoga tahun-tahun akan datang dapat beraya dengan family.

Peliharalah kesemua yang aku sayangi, jauhi kami dari fitnah dunia, penyakit wahan, dan segala perkara tak baik. Lindungilah kami Ya ALLAH. Berkati setiap perjalanan hidup dan rezeki kami.

Aminn ya RAbb


N.B : nama je budak medik tapi penulisan, budak UPSR lagi hebat haha

Tuesday 8 September 2015

Khitan


kononnya nak nap kejap tapi tak jadi la pulak. Teringat dalam kelas tadi bukan main bulat mata doktor terkejut sebab kat Malaysia jalankan khitan. sebenarnya kiteorang dah kena tegur dengan 3 orang doktor sakit puan.

Doktor kata Rasulallah bersabda jangan diusik kalau normal (sorry sebab tak mintak ayat sabda Rasulallah ni secara penuh pada doktor) tu la nak tanya semua orang malu. Malaysian ni pemalu ya haha

Balik tu terus la tanya orang yang lebih agamawan sikit. So ini jawapannya. Kat Mesir kadang2 sunat kanak2 perempuan meningkatkan kadar kematian. Sebabnya dieorang potong banyak. I was wondering banyak mana sebab potong sampai mengakibatkan pendarahan teruk

Mazhab syafie pegang khitan baby girl sunat dan wajib bagi lelaki.Tapi kat Malaysia tak pernah ada kematian sebab kita potong sikit je. Di Malaysia kita hiris sedikit untuk decrease sexual desire. Katanya kalau tak buang sikit kuda jadinya haha

Dalam masa yang sama sebab boleh jadi inclusion dermoid cyst.

teringat masa kerja kat klinik sekejap. Tolong doktor sunatkan baby girl.Sikit je potong, Baby tu pun nangis kejap je.

Andai apa yang ditulis ini salah harap diperbetulakn

Monday 7 September 2015